Sama sahaja maknanya seperti mengapa perlu makan nasi dengan lauk dan bukannya hanya makan nasi sahaja. Jika kita makan nasi sahaja, kita hanya merasai nasi sahaja. Tetapi jika kita makan nasi bersama lauk, kita akan merasai keenakan nasi berlauk tersebut. Begitulah juga dengan cinta.
Kita tak mungkin akan merasai keseronokan bercinta jika cinta kita hanyalah cinta biasa sahaja. Cinta biasa bermaksud cinta tanpa arah tujuan dan masa depan.Walaupun ia adalah cinta tetapi penulis amat yakin 99% cinta yang sedemikian akan terputus dan hilang terus daripada pandangan. Apa maknanya bercinta jika sudah tahu kesudahannya pasrah??

Adakah anda ingin bercinta dengan kekasih anda yang hanya mahu menemani anda seketika sahaja??
Jika anda hanya mahu bercinta untuk sementara waktu sahaja, maka tidak perlulah anda memikirkan cara untuk mencari sebuah cinta yang sejati. Jika anda mahu bercinta sampai ke akhir hayat, bermakna anda memanglah layak mencari sebuah cinta yang sejati. Tahniah diucapkan!!!
Tiada seorang insan pun mahu dikecewakan oleh pasangannya malahan mahu bercinta dengan pasangannya seumur hidup. Tiada seorang pun yang meminta dirinya ditinggalkan sendirian. Malahan tiada siapa pun mahu menderita dalam percintaan atau dalam hubungan perkahwinan sehingga akan menyebabkan penceraian.
Kesimpulannya setiap insan di muka bumi ini mahu memiliki sebuah cinta yang ajaib dan kekal sampai ke hujung nyawa. Cinta yang ajaib inilah yang merupakan pemangkin kepada asas pehubungan yang kukuh bagi membentuk sebuah cinta yang sejati. Ayuh semua.. Mari kita mulakan langkah untuk mencari cinta yang sejati..