Cinta unggul didefinisikan sebagai cinta tulen kepada pencipta segala cinta, iaitu Allah. Cinta yang tulen ini lahir daripada orang yang beriman yang mencintai Allah dengan sepenuh hati dan perasaan, bersikap lemah lembut dan saling kasih-mengasihi sesama manusia.
Cinta adalah pertalian kasih sayang merangkumi aspek spiritual, emosi, fizikal, intelektual dan sosial antara individu yang terlibat, di mana mereka saling menghargai nilai-nilai peribadi yang dimiliki dan memuliakan perhubungan yang wujud antara satu sama lain. Cinta juga bererti kemahuan, keasyikan, tarikan, kerinduan dan keresahan yang wujud hasil daripada keterikatan perasaan kepada seseorang atau sesuatu. Cinta adalah penggerak yang menjadikan kita orang yang terbaik dalam banyak perkara dalam kehidupan. Tidak kurang juga, cinta boleh merosakkan dan menjadikan seseorang itu manusia sebaliknya..
Sebenarnya terdapat pelbagai definisi cinta. Pada hakikatnya, cinta bukannya satu tetapi beribu. Antaranya ialah definisi cinta yang dipersembahkan di dalam Quran dan Sunnah yang maksudnya membawa manusia kearah kepelbagaian cinta. Sarjana Islam dan sarjana barat turut menyajikan pelbagai definisi cinta sebagai wadah untuk mengenali dan memahimi hakikat emosi yang penting dan relevan kepada kita
Dipetik Dari Buku :
Psikologi Cinta
Syaidatun Nazirah binti Abu Zaharin
&
Mohd Fadzilah bin Kamsah