8 Perkara asas membina resume.
Saya gunakan perkataan membina dan bukan mencipta atau mereka atau menulis resume. Anda perlu bina resume dengan asas yang kukuh untuk menyokong masa depan karier anda!
1) Butir peribadi/Personal details
Ini termasuk nama, alamat, nombor telefon yang aktif dan alamat email. Jika boleh, tuliskan waktu yang sesuai untuk menghubungi anda. Pastikan tiada kesilapan walau satu angka pun – anda akan menyesal jika peluang kerja terlepas ke tangan orang lain hanya kerana ini!